8 maut, 13 cedera insiden tembakan di Serbia


LAPAN terbunuh sementara 13 yang lain cedera dalam insiden tembakan berhampiran bandar Serbia kira-kira 60km di selatan ibu kota Belgrade lewat petang semalam, sehari selepas sembilan termasuk lapan pelajar ditembak mati rakan sebaya.

Tembakan berlaku berhampiran Mladenovac apabila penyerang melepaskan tembakan menggunakan senjata automatik dari kenderaan bergerak sebelum melarikan diri, lapor televisyen RTS.

Polis sedang memburu suspek.

Polis dikerah dan ambulans bergegas ke tempat kejadian, manakala helikopter berada di ruang udara kawasan itu.

Rabu lalu, seorang pelajar berusia 13 tahun menembak mati lapan rakan sebaya dan seorang pengawal keselamatan di sekolah rendah Belgrade. Ia serangan yang mengejutkan negara Balkan itu.

Pada 2023, seorang penduduk kampung di Mladenovac menembak mati 13 saudara mara dan jiran. – AFP, 5 Mei, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen