SEORANG rakyat Singapura yang sedang mengerjakan umrah maut apabila bas yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan di Makkah manakala sejumlah penumpang bas berkenaan cedera.
Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dalam catatan terkini Facebook menyatakan bahawa bas itu membawa 31 penumpang yang sedang mengerjakan umrah terbabit dalam kemalangan jalan raya di Makkah antara 1 hingga 1.30 tengahari (8.30 hingga 9 pagi waktu Arab Saudi) .
Menurut MUIS, difahamkan para penumpang bas merupakan jemaah umrah yang dikendalikan oleh agensi pelancongan tempatan, Abu Bakar Travel Services Private Limited.
“Kebanyakan penumpang bas merupakan warga Singapura,” menurut MUIS, sambil menambah bahawa penumpang yang cedera dihantar ke hospital di Makkah untuk menerima rawatan.
MUIS berkata ia sedang bekerjasama dengan Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura bagi menyalurkan bantuan kepada mereka yang terbabit. – Bernama, 20 Mac, 2018.
Komen