MAHKAMAH Mesir mengeluarkan perintah pada Selasa supaya operasi aplikasi kemudahan kongsi kenderaan Uber dan Careem dihentikan, lapor media tempatan.
Kedua-dua perkhidmatan itu mengundang kemarahan pemandu teksi yang merungut pemandu perkhidmatan berkenaan tidak perlu membayar yuran yang tinggi untuk menggunakan kenderaan pengangkutan.
Mahkamah menerima petisyen seorang peguam yang menuntut kerajaan supaya menghentikan pemberian lesen kepada aktiviti Uber dan Cereem di Mesir, termasuk aplikasi atas taliannya, lapor akhbar milik kerajaan al-Ahram di laman sesawangnya.
Keputusan itu kemungkinan akan dirayu. Wakil Uber dan Careem tidak dapat dihubungi buat masa ini bagi mendapatkan respons.
Ramai dalam kalangan rakyat Mesir mengadu mengenai perkhidmatan teksi, termasuk sikap pemandu teksi yang tidak mahu memasang meter atau alat pendingin hawa ketika musim panas, memilih untuk menggunakan perkhidmatan atas talian tersebut.
Careem, sebuah syarikat pemula yang berpangkalan di Arab Saudi, beroperasi di Timur Tengah dah Asia. – AFP, 20 Mac, 2018.
Komen