KETUA Polis Seberang Perai Selatan (SPS) Lee Chong Chern membuat laporan polis terhadap ahli majlis DAP berhubung satu hantaran didakwa fitnah yang dimuat naik di Facebook.
Ahli Majlis Seberang Perai David Marshel mendakwa polis sengaja melambatkan proses kelulusan permit upacara keagamaan kuil Hindu bagi perarakan pedati di Seberang Perai.
Marshel menuduh Lee cuba menggagalkan kerajaan perpaduan dengan menuai kebencian dalam kalangan penganut Hindu terhadap kerajaan.
Menurut Lee, kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 500 Kanu Keseksaan kerana memfitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia atas kandungan dalam talian yang tidak senonoh mengancam, lucah, palsu atau menyinggung dengan niat mengganggu, mendera atau menggugat orang lain.
Pada Rabu, Marshel memuat naik kenyataan di Facebook yang mendakwa ketua polis itu sengaja melambatkan proses kelulusan permint untuk upacara keagamaan di daerah tersebut.
Dalam kenyataan sama, Marshel mendakwa permohonan beberapa kuil lain turut ditolak tanpa alasan yang munasabah.
“Ia jelas menidakkan hak penganut Hindu mengadakan upacara keagamaan.
“Adakah beliau benci terhadap penganut Hindu atau apa yang membuat beliau menafikan hak yang ternyata di bawah Perlembagaan negara?.
“Ketua Polis IPD SPS ini cuba gagalkan kerajaan perpaduan dengan menuai kebencian terhadap kerajaan daripada penganut Hindu di daerah tersebut,” tulisnya.
Sementara itu memetik laporan FreeMalaysiaToday Lee dikatakan sudahbertemu dengan jawatankuasa kuil semalam dan permohonan mereka sudah diluluskan dengan sekatan dan syarat tertentu
Jawatankuasa kuil diberitahu bahawa mereka mesti bertanggungjawab atas (acara) sembahnyang dan perarakan. Mereka bersetuju dan berkata mereka akan mematuhinya,” katanya.
Dalam pada itu, Marshel menyatakan kesediaan disiasat dan akan bekerjasaa dengan pihak berkuasa. – 4 Mei, 2023.
Komen