Turkiye rancang bincang lanjutkan perjkanjian eksport bijirin dengan Rusia, Ukraine 


Menruut Menteri Pertahanan Turkiye Hulusi Akar, Ukraine dan Rusia cenderung untuk melanjutkan eksport bijirin.– Gambar EPA, 3 Mei, 2023.

TURKIYE merancang mengadakan pertemuan dengan pegawai Rusia dan Ukraine di sini akhir minggu ini bagi membincangkan usaha untuk menyambung perjanjian eksport bijirin Ukraine melalui Laut Hitam, kata Menteri Pertahanan Turkiye Hulusi Akar, lapor Agensi Berita dpa.

Timbalan menteri pertahanan ketiga-tiga negara dijangka berada di Istanbul pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu.

Ukraine dan Rusia cenderung untuk melanjutkan eksport bijirin, kata Akar.

“Kami berharap perjanjian bijirin akan diteruskan tanpa sebarang gangguan bagi mengelak krisis makanan global,” katanya. 

Kremlin pada minggu lepas menyatakan bahawa perjanjian itu tidak mungkin dilanjutkan berikutan pelbagai isu termasuk masalah mengeksport baja Rusia akibat sekatan Barat.

Perjanjian itu dimeterai pada musim panas lalu apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Turkiye memutuskan penamatan sekatan Rusia di Laut Hitam.

Kesepakatan itu dilanjutkan pada pertengahan Mac berikutan perbincangan saat akhir tanpa pengesahan mengenai tempoh lanjutan. – Bernama, 3 Mei, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen