Putera Al-Waleed maafkan peristiwa penahannya


Jutawan Arab Saudi Putera Alwaleed Bin Talal memaafkan peristiwa penahanannya selama tiga bulan susulan operasi membanteras rasuah oleh kerajaan, sambil menafikan spekulasi yang mendakwa beliau mengorbankan aset sebagai balasan pembebasan. – Gambar AFP, 20 Mac, 2018.

JUTAWAN Arab Saudi Putera Alwaleed Bin Talal memaafkan peristiwa penahanannya selama tiga bulan susulan operasi membanteras rasuah oleh kerajaan, sambil menafikan spekulasi yang mendakwa beliau mengorbankan aset sebagai balasan pembebasan.  

Putera itu, yang digelar sebagai ‘Warren Buffett Saudi Arabia’, dibebaskan daripada tahanan di hotel terkemuka Ritz-Carltion pada Januari selepas menandatangi perjanjian kewangan tidak didedahkan dengan kerajaan. 

“Saya bukanlah orang yang akan kata yang saya maafkan tapi tak akan lupa. Saya jenis yang akan kata saya maaf dan saya lupakan dalam masa yang sama,” kata Putera Alwaleed dalam satu temubual bersama Blommberg News yang disiarkan pada Selasa. 

“Semuanya seperti sedia kala. Kami akan terus melabur di Arab Saudi. Saya lahir di Arab Saudi, saya juga akan meninggal di Arab Saudi. 

Putera berkenaan enggan mengulas mengenai syarat pembebasannya, yang disifatkannya sebagai “perjanjian rahsia dan sulit”.

Perjanjian itu bagaimanapun, katanya, membenarkan beliau berfungsi tanpa rasa salah dan tanpa sebarang syarat. 

Alwaleed antara individu berprofil tinggi yang ditahan bersama 350 lagi orang suspek, termasuk menteri dan ahli perniagaan, sejak operasi itu dilancarkan pada 4 November. – AFP, 20 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen