SERAMAI 33 tebusan warga India yang hilang di Iraq sejak 2014 disahkan telah meninggal dunia, kata menteri dalam negeri India pada Selasa.
Sushama Swaraj memberitahu Parlimen India bahawa mereka yang merupakan buruh binaan itu telah dibunuh oleh kumpulanan IS.
Mayat mereka ditemui di sebuah kubur massa di Badush, barat laut Mosul, dan organisasi tempatan sudah dikerah bagi melakukan ujian DNA.
“Semalam mereka memberitahu kami yang 38 sampel telah dipadankan. Sampel yang ke-39 tidak dapat dipandakan ekoran ketiadaan keluarga terdekat,” kata Swaraj.
39 mangsa itu diculik pada Jun 2014 semasa kumpulan IS melakukan rondaan di Iraq dan menawan Mosul.
Mangsa terdiri daripada keluarga miskin yang tinggal di utara Punjab India.
Mereka bekerja sebagai buruh untuk sebuah syarikat pembinaan di Mosul ketika diculik.
Kerajaan India tidak ada menerima sebarang panggilan meminta wang tebusan atau komunikasi langsung daripada penculik.
India akan menghantar pesawat khas bagi membawa pulang mayat mangsa berkenaan dari Iraq, kata Swaraj. – AFP, 20 Mac, 2018.
Komen