SEORANG individu disyaki ketua kumpulan Negara Islam terbunuh di Syria dalam satu operasi dijalankan agensi perisikan MIT Turkiye, kata Presiden Recep Tayyip Erdogan pada Ahad.
“Seorang disyaki pemimpin Daesh, kod nama Abu Hussein al-Qurashi, maut dalam satu operasi dijalankan semalam (Sabtu) oleh MIT di Syria,” umumnya di televisyen.
Kumpulan Negara Islam mengumumkan kematian ketua terdahulu, Abu Hasan al Hashimi al-Qurashi pada 30 November lepas, dan digantikan oleh Abu Hussein al-Qurashi.
Seorang koresponden AFP di utara Syria berkata ejen perisikan Turkiye dan polis tentera disokong negara itu mengepung kawasan di Jindires, di tenggara rantau Afrin.
Penduduk memberitahu AFP yang operasi menyasarkan bekas ladang yang digunakan sebagai sekolah Islam.
Turkiye menghantar tentera ke utara Syria sejak 2020 dan mengawal kawasan itu dengan bantuan tentera Syria.
Amerika Syarikat menjalankan serangan helikopter di utara Syria dalam satu operasi pada pertengahan April lalu, berkata kumpulan pengganas itu sedang merancang serangan di Eropah dan Timur Tengah.
Pusat Kawalan AS berkata mereka membunuh seorang pemimpin kanan IS dalam operasi itu, menamakannya sebagai Abd-al Hadi Mahmud al-Haji Ali.
Pengganas IS disyaki membunuh sekurang-kurangnya 41 orang, 24 daripada adalah orang awam pada 16 April lalu di Syria.
Pada minggu pertama April, tentera AS berkata mereka membunuh seorang ketua IS yang bertanggungjawab dalam serangan di Eropah, menamakannya sebagai Khalid Aydd Ahmad al-Jabouri.
Ketika di puncak kuasa mengawal sebahagian besar Iraq dan Syria, IS mengaku bertanggungjawab dalam siri serangan di seluruh Eropah.
Pada Oktober 2019, Washington mengumumkan ia membunuh ketua IS, Abu Bkar al-Baghdadi dalam satu operasi di Syria.
Walaupun sudah dikalahkan dan diusir daripada kebanyakan kawasan yang dikawalnya dahulu, kumpulan IS masih terus melancarkan serangan di Syria. – AFP, 1 Mei, 2023.
Komen