18 pelancong maut bas terjunam ke dalam gaung di Mexico


Pasukan penyelamat berusaha mengeluarkan mangsa kemalangan bas di Mexico, pada Ahad. – Gambar AFP, 1 Mei, 2023.

SEKURANG-KURANGNYA 18 pelancong Mexico maut dan puluhan lain cedera apabila bas pelancong dinaiki terjunam ke dalam gaung di negeri barat Nayarit, kata seorang pegawai tempatan kepada AFP pada Ahad.

Bas milik sebuah syarikat swasta itu dalam perjalanan sejauh 220km dari Guadalajara di negeri bersebelahan Jalisco, menuju ke pantai Guayabitos di Nayarit apabila ia terbabas, menurut pegawai perlindungan awam Pedro Nunez.

Punca kemalangan masih belum diketahui.

Semua penumpang adalah warga Mexico, kata Nunez. – AFP, 1 Mei, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen