PIHAK berkuasa di Colombia mengesyorkan beberapa bandar berhampiran gunung berapi dipindahkan sebelum berlaku letusan.
Pejabat Pengurusan Bencana berkata ia sedang menggerakkan usaha memindahkan penduduk dalam kawasan 15km dari jajaran gunung berapi Nevado del Ruiz di Colombian Andes.
Aktiviti seismik semakin meningkat di gunung berapi itu yang pernah menyebabkan 25,000 terkorban dalam satu letusan pada 1985.
Letusan gunung berapi itu adalah bencana alam paling teruk dalam sejarah Colombia.
Kawasan gunung berapi di barat Colombia itu setinggi 5,300 meter dan antara gunung berapi di sepanjang lingkaran api, iaitu kawasan gunung berapi di Pasifik yang aktif dan sering menyebabkan gempa bumi.
Pada 13 November, 1985 ia meletus dan mengeluarkan haba dan lava yang menyebabkan salji di puncak gunung cair. Ia juga menyebabkan tanah runtuh dan menelan bandar Armero, menyebabkan separuh populasinya maut. – AFP, 30 April, 2023.
Komen