PELUMBA basikal Itali Antonio Tiberi digugurkan daripada pasukan Trek-Segafredo kerana membunuh kucing seorang bekas menteri.
Bulan lepas, bekas juara dunia bawah 19 tahun itu mengaku bersalah beliau menembak mati kucing milik bekas ketua menteri San Marino, Federico Pedini Amati menggunakan senapang angin pada Februari. Mahkamah di San Marino telah menjatuhkan hukuman denda 4,000 euro terhadap Tiberi.
Beliau juga digantung 20 hari tanpa gaji oleh pasukannya, Trek-Segafredo. Penggantungan itu sekali gus menyebabkan pelumba muda itu terlepas beberapa perlumbaan.
Bagaimanapun Trek-Segafredo dalam satu kenyataan semalam umum Tiberi disingkirkan daripada pasukan itu kerana kecewa dengan tindakan pelumba terbabit.
“Kontraknya ditamatkan, dan kini beliau bebas untuk menyertai pasukan lain.” – AFP, 29 April 2023.
Komen