Polis pantau kumpulan mahu cetus kekacauan pada PRU14, kata Zahid


Muzliza Mustafa

Polis sudah mengenalpasti individu yang merancang untuk mencetuskan kekecohan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dan bersedia mengambil tindakan, kata Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 20 Mac, 2018.

POLIS sudah mengenal pasti individu yang merancang untuk mencetuskan kekecohan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dan bersedia mengambil tindakan, kata Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi. 

“Kami telah kenal pasti individu berkenaan dan kami juga telah mengenalpasti blok yang ingin mencetuskan kekacauan. 

“Akan ada tindakan susulan jika mereka buat keputusan untuk melakukan serangan mengejut pada waktu-waktu akhir,” kata Zahid, yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri, ketika sesi bertemu pegawai polis di Maktab Polis Diraja Malaysia di Kuala Lumpur pada tengah hari ini. 

Beliau berkata polis sudah diarahkan untuk bertindak terhadap mereka yang melancarkan “serangan mengejut pada saat-saat akhir” untuk mengganggu perjalanan PRU14 yang dijangka akan diadakan sebelum Jun. 

“Saya telah arahkan ketua polis, pengarah cawangan khas dan Jabatan Siasatan Jenayah untuk memantau mereka dan memastikan mereka tidak melakukan perkara itu. Jika tindakan harus diambil, ia tidak boleh dilengah-lengahkan,” katanya. – 20 Mac, 2018.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen