GEMPA bumi bermagnitud 6.0 menggegarkan Maluku, wilayah Indonesia yang merangkumi Kepulauan Maluku tengah dan selatan hari ini, menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) negara itu, lapor Anadolu.
Dalam satu kenyataan, agensi itu berkata setakat ini, tiada kecederaan atau kerosakan harta benda dilaporkan.
Gegaran dirasai pada kira-kira 4.19 petang waktu tempatan.
Gempa bumi itu dicatatkan pada kedalaman 60km (37 batu), dengan pusat gempa sekitar 167km (103 batu) di timur laut bandar Tual, menurut BMKG. – Bernama, 28 April, 2023.
Komen