RAJA dadah Laos yang digelar “Mr X” dihukum penjara seumur hidup oleh mahkamah Bangkok hari ini, ketika Thailand memerangi penyeludupan dadah di kawasan sempadannya.
Xaysana Keopimpha, rakyat Laos yang sebelum ditahan, begitu rancak mempamerkan hubungannya dengan selebriti dan kereta mewahnya di media sosial, ditangkap di lapangan terbang utama Bangkok pada Januari tahun lalu.
Dia didakwa menjadi dalang dalam rantaian penyeludupan dadah jenis syabu yang membabitkan bertan-tan pil “yaba” dan kristal dibuat di Myanmar – masuk dari Laos ke Thailand.
Laluan selatan Laos semakin kerap digunakan oleh geng penyeludupan untuk membawa ia masuk ke pasaran Thailand, Malaysia dan sehingga ke Australia dan Jepun – di mana harga dadah semakin tinggi.
Pada mulanya, mahkamah Bangkok menjatuhkan hukuman mati terhadap Xaysana tetapi kemudian mengurangkannya kepada penjara seumur hidup selepas dia mengaku bersalah terhadap beberapa tuduhan penyeludupan dadah, termasuk 1.2 juta pil “yaba” dalam satu kes pada 2016. – AFP, 20 Mac, 2018.
Komen