British American Tobacco bayar denda AS$635 juta kepada pihak berkuasa AS


BAT akan membayar AS$635 juta kepada pihak berkuasa AS selepas anak syarikat itu mengaku bersalah berhubung pelanggaran sekatan yang dikaitkan dengan Korea Utara. – Gambar AFP, 26 April, 2023.

BRITISH American Tobacco (BAT) akan membayar AS$635 juta kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) selepas anak syarikat itu mengaku bersalah berhubung pelanggaran sekatan yang dikaitkan dengan Korea Utara, lapor PA Media/dpa.

Pembuat rokok Dunhill dan Lucky Strike itu berkata ia bersetuju terhadap penyelesaian dengan Jabatan Kehakiman dan Pejabat Kawalan Aset Asing.

Pelanggaran sekatan AS itu berkaitan aktiviti perniagaannya di Korea Utara antara 2007 dan 2017.

Firma tembakau kedua terbesar dunia itu berkata tahun lepas ia telah menyediakan wang untuk membayar denda dan berkata kedudukan kewangannya secara meluas tidak terjejas.

Ketua eksekutif Jack Bowles semalam memohon maaf atas salah laku itu. – Bernama, 26 April, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen