PRESIDEN Amerika Syarikat Joe Biden akan menghadiri sidang kemuncak pemimpin G7 di Hiroshima, Jepun dari 19-21 Mei, umum White House pada Selasa.
Pemimpin dijangka membincangkan isu termasuk “sokongan untuk Ukraine, menangani krisis makanan dan iklim, menjamin pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan berdaya tahan, dan terus menerajui peralihan tenaga bersih,” kata kenyataan Setiausaha Akhbar White House Karine Jean-Pierre.
Biden juga akan menghadiri sidang kemuncak pemimpin Quad di Sydney, Australia pada 24 Mei, menurut kenyataan itu. Perkumpulan ini menghimpunkan AS, Australia, Jepun dan India.– AFP, 26 April, 2023.
Komen