Keadaan keselamatan dan kemanusiaan di Port-au-Prince semakin meruncing


Hampir 70 nyawa termasuk 18 wanita maut dan sekurang-kurangnya dua kanak-kanak manakala 40 lagi cedera dalam pertempuran di Cite Soleil di Port-au-Prince, Haiti. – Gambar AFP, 25 April, 2023.

KEADAAN keselamatan dan kemanusiaan di Cite Soleil di Port-au-Prince, Haiti berada pada tahap membimbangkan, kata jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam.

Antara 14 dan 19 April pertempuran antara kumpulan yang bersaing meragut hampir 70 nyawa termasuk 18 wanita dan sekurang-kurangnya dua kanak-kanak manakala 40 lagi cedera, kata timbalan jurucakap Setiausaha Agung PBB António Guterres, Farhan Haq.

“Banyak sekolah dan pusat kesihatan di kawasan itu kini ditutup. Pertempuran juga menyekat akses kepada barangan dan perkhidmatan penting,” kata Haq, lapor Xinhua.

Di samping itu hujan lebat sejak beberapa minggu kebelakangan ini memburukkan lagi keadaan di beberapa kawasan kejiranan kerana bantuan terutamanya bekalan air bersih tidak dapat dihantar kepada mereka yang memerlukan. – Bernama, 25 April, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen