NETFLIX akan melabur AS$2.5 bilion di Korea Selatan dalam tempoh empat tahun akan datang untuk menghasilkan siri TV, filem dan rancangan skrip Korea, lapor agensi berita Yonhap pada Selasa (25 Apr).
Perkhidmatan penstriman AS mengumumkan pelaburan itu berikutan pertemuan antara Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dan CEO bersama Netflix Ted Sarandos selepas Yoon tiba di Washington untuk lawatan negara, kata laporan itu.
Netflix bagaimanapun tidak memberikan maklum balas lanjut ketika ditanya.
“Kami membuat keputusan ini kerana keyakinan besar dalam industri kandungan Korea dan kami akan terus membuat cerita yang hebat,” akhbar Korea memetik Sarandos sebagai berkata.
Siri Korea Squid Game yang dikeluarkan pada September 2021 merupakan salah satu siri Netflix yang paling banyak ditonton. – Reuters, 24 April, 2023.
Komen