Perancis tutup kedutaan di Sudan sehingga diberitahu kelak


Beberapa penduduk Perancis dihantar pulang selepas berlakunya konflik bersenjata yang tercetus sejak dua minggu lalu antara Angkatan Tentera Sudan dan pasukan RSF. – Gambar AFP, 25 April, 2023. 

PERANCIS semalam mengumumkan menutup kedutaannya di Sudan susulan konflik bersenjata yang tercetus sejak dua minggu lalu antara Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) yang memaksa warga asing dipindahkan pulang ke negara masing-masing.

Kementerian hal ehwal luar negeri berkata Kedutaan Perancis di Khartoum akan ditutup sehingga diberitahu kelak dan tidak lagi akan menjadi lokasi perhimpunan bagi ekspatriat yang cuba meninggalkan negara itu.

Perancis menghantar 491 orang dari 36 negara termasuk 12 negara EU ke Djibouti sejak Ahad, menurut kementerian itu.

Mereka termasuk dua warga Greece dan seorang warga Belgium yang cedera serta duta Jerman dan Switzerland, katanya.

Warga Perancis di Djibouti hari ini dijangka mendarat di Perancis dalam beberapa hari akan datang.

Kementerian bagaimanapun menambah ia tidak dapat menghubungi beberapa warga Perancis yang tinggal di luar ibu negara Khartoum.

Perancis terpaksa berkoordinasi dengan kedua-dua pihak dalam konflik untuk memastikan pemindahan berjaya, kata kementerian itu.

Angkatan bersenjata Sudan yang diketuai oleh ketua tentera Abdel Fattah al-Burhan mengawal lapangan terbang itu manakala ramai daripada mereka yang perlu dipindahkan berada di kawasan yang dikuasai oleh Pasukan Sokongan Pantas (RSF) separa tentera yang diketuai oleh timbalannya yang bertukar saingan Mohamed Hamdan Daglo.

Presiden Emmanuel Macron dapat bercakap dengan Jeneral Burhan untuk mendapatkan jaminan yang diperlukan untuk memindahkan rakyat melalui udara, kata presiden. – AFP, 25 April, 2023. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen