PRESIDEN Recep Tayyip Erdogan berkata Turkiye menemukan rizab gas asli bernilai AS$1 bilion di Gunung Gabar di tenggara wilayah Sirnak, lapor Xinhua.
Erdogan berkata demikian pada majlis perasmian kompleks sukan di wilayah Sakarya semalam.
Beliau berkata pada Disember tahun lalu sebanyak 150 juta tong rizab minyak bernilai kira-kira AS$12 bilion turut ditemukan yang disifatkan sebagai antara 10 penemuan penting pada tahun 2022.
Dengan beroperasinya empat telaga minyak, wilayah itu dianggarkan menghasilkan 5,000 tong minyak sehari.
Kerajaan Turki melancarkan beberapa siri projek infrastruktur dan pertahanan menjelang pilihan raya umum pada 14 Mei yang bakal menyaksikan Erdogan bertanding untuk penggal ketiga.
Baru-baru ini Türkiye turut melancarkan operasi kapal amfibia pelbagai guna pertamanya dan penghantaran pertama dari medan Laut Hitam. – Bernama, 24 April, 2023.
Komen