Gabenor bank pusat AS kata inflasi kini menyeluruh


Simpanan Persekutuan (FR) menaikkan petanda aras kadar pinjaman sembilan kali berturut-turut sejak Mac tahun lepas bagi menangani inflasi yang kekal melebihi sasaran jangka panjang sebanyak dua peratus.– Gambar AFP, 22 April, 2023.

INFLASI di Amerika Syarikat telah “menyeluruh”, kata pegawai kanan Simpanan Persekutuan (FR) pada Jumaat, mencadangkan perjuangan bank pusat AS melawan kenaikan harga menerusi pertambahan kadar faedah semakin menemui jalan buntu.

FR menaikkan petanda aras kadar pinjaman sembilan kali berturut-turut sejak Mac tahun lepas bagi menangani inflasi yang kekal melebihi sasaran jangka panjang sebanyak dua peratus.

Beberapa orang pegawai kanan FR sejak beberapa minggu lepas mencadangkan yang kadar faedah mungkin perlu dinaikkan lagi dan kekal tinggi untuk mengawal inflasi.

Inflasi menyeluruh dan beberapa lagi ukuran kenaikan harga pengguna kekal tingggi, kata Gabenor FR Lisa Cook dalam kenyataan di Washington pada Jumaat.

“Kesemua langkah ini sudah mencapai kemuncaknya tetapi kekal tinggi, mencadangkan yang inflasi sudah menjadi menyeluruh dalam ekonomi,” kata Cook yang juga salah seorang daripada 12 anggota jawatankuasa ditubuhkan FR.

Cook berkata jalan kestabilan inflasi “mungkin panjang dan berkemungkinan sukar dan susah.”

“Jalan berwajaran” kenaikan kadar faedah akan ditentukan oleh kesan terkini sektor kewangan ke atas pinjaman bank, tambahnya.

“Tetapi jika data menunjukkan kekuatan berterusan dalam ekonomi dan disinflasi perlahan, kita mungkin ada lebih banyak kerja perlu dibuat,” katanya.

FR akan mengumumkan kadar faedah terbaru pada 3 Mei.

Kebanyakan pedagang menjangkakan bank pusat AS akan menaikkan petanda aras kadar pinjaman sebanyak 25 mata lagi, menurut data CME Group. – AFP, 22 April, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen