SEORANG budak lelaki berusia sembilan tahun menembak mati kakaknya, 13, di Mississippi, Amerika Syarikat kerana bergaduh mengenai alat kawalan permainan video.
Tragedi itu berlaku pada Sabtu apabila anak gadis itu enggan menyerahkan alat pengawal itu kepada adiknya, kata syerif Cecil Cantrell seperti dilaporkan media tempatan.
Budak lelaki itu kemudiannya menembak kakaknya dari arah belakang kepala.
Peluru itu menembusi otak kakaknya menyebabkan keadaannya kritikal sebelum dikejarkan ke hospital di Memphis, Tenessee.
Beliau meninggal dunia pada Ahad.
Justeru siasatan dibuka untuk mengenal pasti bagaimana budak lelaki itu boleh menggunakan senjata api selain tahap mana kesedaran budak itu terhadap kesan dan akibat tindakannya itu.
Bagaimanapun, kejadian itu bukanlah perkara asing di Amerika Syarikat di mana debat mengenai pengawalan senjata api masih hangat berlangsung. – AFP, 19 Mac, 2018.
Komen