Starship, roket terbesar dunia meletup ketika ujian pertama


Roket Starship meletup ketika melakukan ujian penerbangan pertamanya semalam, tetapi Elon Musk memuji pasukan SpaceX miliknya itu kerana ujian yang “mengujakan” itu. – Gambar AFP, 21 April, 2023.

STARSHIP, roket paling berkuasa pernah dibina, meletup ketika melakukan ujian penerbangan pertamanya semalam, tetapi Elon Musk memuji pasukan SpaceX miliknya kerana ujian yang “mengujakan” itu.

Kapal angkasa itu direka untuk menghantar angkasawan ke bulan, Marikh dan sekitarnya.

SpaceX memusnahkan roket tanpa anak kapal itu empat minit selepas ia meletup pada 8.33 pagi waktu tempatan dari Starbase, pangkalan SpaceX di Boca Chica, Texas.

Kapal angkasa Starship dijadualkan berpisah dari anjakan roket peringkat pertama tiga minit penerbangan, tetapi pemisahan itu gagal berlaku dan menyebabkan roket berkenaan meletup di atas ruang udara Teluk Mexico.

“Kenderaan itu mengalami masalah beberapa enjin rosak ketika ujian penerbangan, ia hilang altitude dan mula bergegar,” kata SpaceX.

Mengikut prosedur standard, roket yang tidak berjaya dilancarkan perlu dimusnahkan bagi mengelakkan berlakukan kerosakan terhadap individu atau hartanah di bawah.

Walapun gagal melengkapkan ujian penerbangan penuh 90 minit dan tiba di orbit, SpaceX dan Musk, pengasas dan CEO syarikat swasta angkasa itu, mengumumkan ia adalah satu kejayaan.

“Tahniah pasukan SpaceX atas ujian pelancaran Starship. Banyak yang dipelajari untuk bersedia bagi ujian berikutnya dalam beberapa bulan lagi,” kata Musk di Twitter. – AFP, 21 April, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen