Biden dijangka umum bertanding semula minggu depan


Sebelum ini Joe Biden berulang kali menyuarakan hasratnya untuk bertanding semula namun pengumuman rasmi mengenainya belum dibuat sehingga kini. – Gambar AFP, 21 April, 2023.

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dilaporkan akan mengumumkan keputusan untuk bertanding semula pada minggu depan, lapor Xinhua.

Beberapa media di AS termasuk The Washington Post, The Associated Press dan Bloomberg melaporkan berita itu semalam

Bagaimanapun Rumah Putih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung laporan itu. 

Sebelum ini, Biden, 80, berulang kali menyuarakan hasratnya untuk bertanding semula namun pengumuman rasmi mengenainya belum dibuat sehingga kini.

Pilihan raya presiden AS 2024 dijadualkan pada 5 November 2024. – Bernama, 21 April, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen