Polis siasat rompakan emas AS$15 juta di lapangan terbang Toronto


Polis Kanada sedang menyiasat rompakan lebih daripada Can$20 juta (AS$15 juta) emas dan barangan bernilai tinggi lain yang dialihkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Pearson Toronto semalam. – Gambar AFP, 21 April, 2023.

POLIS Kanada semalam berkata mereka sedang menyiasat rompakan lebih daripada Can$20 juta (AS$15 juta) emas dan barangan bernilai tinggi lain yang dialihkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Pearson Toronto.

Emas dan barang berharga itu tiba pada petang Isnin dalam kontena yang diturunkan dari pesawat dan disimpan dengan selamat di kemudahan penyimpanan kargo, kata Inspektor Polis Wilayah Peel Stephen Duivesteyn pada sidang akhbar.

Ia dilaporkan hilang tidak lama kemudian.

Duivesteyn berkata kontena bernilai tinggi dialihkan dengan cara yang menyalahi undang-undang dari kemudahan simpanan sementara.” 

Dia tidak akan mengulas tentang bagaimana kecurian itu berlaku atau siapa yang mungkin merupakan dalang kejadian berkenaan.

“Kami sedang melihat dari semua sudut tentang bagaimana barang ini dicuri,” katanya.

The Toronto Sun melaporkan pencuri melarikan diri dengan 3,600 paun emas, memetik sumber tanpa nama mengatakan pihak berkuasa sedang melihat kumpulan jenayah terancang di rantau ini.

“Ini sangat jarang berlaku,” kata Duivesteyn menyifatkan kecurian di lapangan terbang itu sebagai insiden terpencil yang tidak memberi kesan kepada orang ramai dalam perjalanan.

Beliau berkata masih terlalu awal dalam siasatan untuk menyatakan sama ada ia adalah kecurian profesional atau jenayah peluang. – AFP, 21 April, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen