KEMENTERIAN Ekonomi dan Kewangan Korea Selatan mengurangkan bilangan pekerja di sektor awam melebihi 10,700 pekerja dari Januari hingga Mac melalui persaraan secara sukarela di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi, lapor Sputnik.
Syarikat milik kerajaan turut menjual aset yang tidak diperlukan bernilai 1.4 trilion won (AS$1 bilion) dalam tempoh yang sama merangkumi 20.6 peratus daripada rancangan kerajaan untuk menghapuskan aset bernilai 6.8 trilion won menjelang akhir tahun, lapor Yonhap memetik kementerian pada Khamis.
Laporan itu juga mendedahkan syarikat milik kerajaan negeri menyusun semula pejabat untuk memanfaatkan ruang yang ada, membolehkan negara menjimatkan 4.7 bilion won.
Firma awam Korea Selatan merancang untuk mengambil 22,000 pekerja tahun ini, tambah laporan itu.
Pada Disember 2022 Menteri Kewangan Korea Selatan Choo Kyung-ho berkata kerajaan merancang untuk mengambil langkah menangani isu ekonomi dengan mendorong strategi pertumbuhan baharu, ekoran masalah kewangan dijangka melanda negara pada 2023.
Negara itu mengumumkan rancangan untuk mengurangkan empat peratus pekerjaan di semua syarikat awam menjelang 2025.
Pada Oktober pihak berkuasa Korea Selatan berkata negara itu sedang mengalami krisis ekonomi yang menyeluruh di mana kebimbangan terhadap ekonomi berlarutan akibat inflasi yang tinggi. – Bernama, 20 April, 2023.
Komen