UMAT Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu, umum Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini.
Awal minggu lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan cuti umum tambahan esok sempena Hari Raya Aidilfitri bagi memudahkan orang ramai membuat persiapan menyambut perayaan.
Kerajaan juga mengumumkan perjalanan bebas tol di 33 lebuh raya sepanjang tempoh perayaan Hari Raya.
Tol percuma bermula pada 12.01 pagi pada 19 April 2023 hingga akhir 21 April 2023 pada 11.59 malam, serta pada 24 April 2023. – 20 April, 2023.
Komen