KERAJAAN Negeri Johor mengisytiharkan Isnin ini (24 April) sebagai hari kelepasan am tambahan di Johor sempena sambutan Hari Raya tahun ini.
Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi berkata pengisytiharan itu selaras dengan Seksyen 8 dan 9, Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).
“Atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, sukacita dimaklumkan Kerajaan Negeri Johor bersetuju untuk mengisytiharkan tarikh 24 April 2023 (Isnin) sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan.
“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Berhati-hati di jalan raya dan semoga selamat pulang ke kampung halaman masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Selasa, mengumumkan Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan sama ada hari Jumaat (21 April) atau Isnin sebagai hari kelepasan am tambahan bergantung pada tarikh 1 Syawal bermula.
Untuk rekod sejak 1 Januari 2014, cuti minggu di Johor jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu. – Bernama, 20 April, 2023.
Komen