TENTERA Mesir pada Isnin berkata 36 pemberontak, seorang pegawai dan tiga anggota tentera terbunuh dalam operasi terhadap kumpulan IS di Sinai.
Pasukan tentera melancarkan kempen itu pada 9 Februari selepas Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi, yang bertanding pada pilihan raya untuk penggal kedua bulan ini, memberi tarikh akhir tiga bulan untuk menghancurkan IS di Sinai.
Pasukan keselamatan “memusnahkan 30 elemen bersenjata ketika serbuan di utara dan tengah Semenanjung Sinai, kata pihak tentera dalam satu kenyataan.
Serangan pihak polis turut menyebabkan enam pemberontak terbunuh dan memusnahkan sel pengganas yang paling bahaya,” tambahnya.
Sejak lima hari lalu, pasukan tentera turut menahan 345 orang “termasuk sejumlah anggota pemberontak paling bahaya dan pelarian,” katanya.
Seorang pegawai dan tiga anggota terbunuh dalam pertempuran itu, manakala tiga pegawai dan lima anggota cedera, katanya.
Sisi mengeluarkan syarat terakhir pada November selepas lelaki bersenjata disyaki anggota IS membunuh lebih 300 orang di sebuah masjid di Sinai.
Kumpulan militan itu telah menbunuh ratusan tentera, polis dan orang awam, kebanyakannya di Utara Sinai yang menjadi kubu kuatnya serta beberapa kawasan lain di Mesir. – AFP, 19 Mac, 2018.
Komen