Seorang kanak-kanak ‘ceroboh’ pagar White House


Seorang kanak-kanak dikesan “menceroboh” pagar White House di sebelah utara kediaman presiden AS semalam. – Gambar EPA, 19 April, 2023.

SEORANG kanak-kanak dikesan “menceroboh” pagar White House di sebelah utara kediaman presiden AS semalam.

Kakitangan Perkhidmatan Rahsia menemukan pelawat muda itu memasuki pagar di kawasan White House, lapor Xinhua memetik kenyataan yang diperoleh media AS.

Pegawai Perkhidmatan Rahsia serta-merta bertindak terhadap pengesanan sistem keselamatan White House dan kanak-kanak kecil itu segera disatukan dengan ibu bapanya, menurut kenyataan yang dikeluarkan jurucakap Perkhidmatan Rahsia Anthony Guglielmi.

Akses ke kompleks itu dihadkan seketika semasa kejadian terbabit, menurut The Associated Press.

Pegawai Perkhidmatan Rahsia juga dilaporkan menyoal secara ringkas ibu bapa kanak-kanak berkenaan sebelum membenarkan mereka meneruskan perjalanan.

Perkhidmatan Taman Negara AS dan Perkhidmatan Rahsia berusaha membina pagar baharu sekeliling White House sejak Julai 2019 selepas pelanggaran keselamatan sebelum ini. – Bernama, 19 April, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen