Rangka T-rex dijual pada harga AS$6.1 juta 


Diberi nama Trinity, rangka setinggi 3.9 meter dan 2.65 meter lebar itu dianggarkan berusia 65 hingga 67 juta tahun.– Gambar AFP, 19 April 2023.

RANGKA komposit Tyrannosaurus rex (T-rex) yang digabung daripada tulang 3 T-rex berbeza dijual pada harga AS$6.1 juta dalam satu lelongan semalam.

Diberi nama Trinity, rangka setinggi 3.9 meter dan 2.65 meter lebar itu dianggarkan berusia 65 hingga 67 juta tahun.

Ia dilelong di firma lelong Koller di Zurich, Switzeland. Trinity sebelum itu dihantar dalam sembilan peti dari Amerika Syarikat (AS).

Rangka berkenaan asalnya dibeli oleh seorang pengumpul peribadi Eropah daripada seorang individu dari AS.

Jurulelong Cyril Koller berkata Trinity adalah rangka T-rex ketiga pernah dilelong firmanya dan yang pertama di Eropah.

Koller yakin walaupun rangka tersebut akan tetap dipamer kepada umum walaupun telah dijual. – AFP, 19 April 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen