8 cedera, ramai hilang dalam tragedi tanah runtuh di Pakistan 


SERAMAI lapan orang cedera manakala ramai lagi dilaporkan hilang akibat tertimbus di bawah runtuhan di sempadan Torkham barat laut wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan pada Selasa.

Kejadian berlaku kira-kira 3.50 pagi waktu tempatan. 

Kejadian tanah runtuh itu dicetuskan oleh hujan lebat yang melanda kawasan sempadan berhampiran Afghanistan, sumber Rescue 1122 milik kerajaan memberitahu Xinhua.

“Berpuluh-puluh trak yang menunggu untuk menyeberangi sempadan dilaporkan tertimbus dalam kejadian itu,” menurut sumber itu.

Kira-kira 60 anggota penyelamat menyertai operasi menyelamat, manakala pelbagai aset digunakan untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam runtuhan, menurut kenyataan itu. – Bernama, 18 April, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen