Airbus tubuh pusat penyelidikan di China


Pengeluar pesawat Eropah Airbus menubuhkan pusat penyelidikan di bandar Suzhou barat China. – Gambar AFP, 18 April 2023.

PENGELUAR pesawat Eropah Airbus menubuhkan pusat penyelidikan di bandar Suzhou barat China, lapor Agensi Anadolu.

“Pusat itu akan memanfaatkan ilmu penerbangan berkemahiran tinggi dan pengetahuan hidrogen yang telah ditubuhkan di wilayah Delta Sungai Yangtze. 

Penyelidikan itu membabitkan inovasi pembuatan, infrastruktur hidrogen, pengalaman kabin dan teknologi baharu,” menurut Airbus dalam satu kenyataan.

Ketua pegawai teknikal syarikat, Sabine Klauke berkata China menawarkan “kelebihan teknologi canggih dalam pelbagai bidang”.

“Airbus sedang bekerjasama dengan rakan kongsi dan China khususnya untuk memupuk teknologi, mengenal pasti sumber yang berbeza, memperkenalkan bahan api alternatif dan membangunkan ekosistem hidrogen sambil berusaha ke arah penerbangan yang mampan,” kata Klauke.

Kenyataan itu turut mendedahkan bahawa pembukaan kemudahan baharu itu demi “mengukuhkan komitmen jangka panjang Airbus untuk membangun dan melabur di China dan seterusnya mengembangkan perusahaan di negara itu, menggariskan kedudukannya sebagai rakan kongsi yang boleh dipercayai”. – Bernama, 18 April 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen