Askar Indonesia terbunuh dalam operasi jejaki tebusan di Papua


Seorang tentera Indonesia maut selepas ditembak kumpulan penjenayah bersenjata (KKB) di wilayah bergolak Highland Papua. – Gambar AFP, 18 April, 2023.

SEORANG tentera Indonesia maut selepas ditembak kumpulan penjenayah bersenjata (KKB) di wilayah bergolak Highland Papua.

First Private Miftahul Arifin menyertai operasi menyelamat juruterbang warga New Zealand Phillip Mark Mehrtens yang dilaporkan ditangkap di Kabupaten Nduga.

Kumpulan itu menculik Mehrtens pada Februari selepas pesawat komersial Susi Air mendarat di Lapangan Terbang Paro yang dinaiki lima penumpang termasuk seorang bayi.

Menurut Tentera Indonesia Miftahul Arifin ditembak sebelum jatuh ke dalam gaung sedalam 15 meter.

Serangan berlaku pada 4.30 petang waktu tempatan Sabtu ketika dia dilaporkan menghampiri lokasi Mehrtens ditahan.

Nasib tentera lain masih belum diketahui, kata jurucakap Laksamana Muda Julius Widjojono Julius Widjojono dalam satu kenyataan.

Indonesia mengklasifikasikan KKB dan organisasi gabungannya di Papua sebagai kumpulan pengganas sejak 29 April 2021. – Bernama, 18 April, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen