Bank Nigeria hilang dua juta pelanggan antara 2016 dan 2017


Sumber industri perbankan berkata apabila Presiden Muhammadu Buhari mengambil alih jawatan, kebanyakan rakyat menutup akaun bank mereka, terutama penjawat awam yang takut disiasat. – Gambar EPA, 19 Mac, 2018.

STATISTIK terkini Sistem Penyelesaian Antara Bank Nigeria (NIBSS) mendedahkan bahawa bank-bank di negara itu kehilangan dua juta pelanggan antara 2016 dan 2017 meskipun Bank Negara Nigeria melakukan pelbagai usaha untuk mempromosi penglibatan dari segi kewangan. 

Agensi Berita Nigeria (NAN), yang melihat data berhubung perkara itu pada Ahad, melaporkan bahawa jumlah pelanggan bank berkurangan daripada 61 juta orang pada 2016 kepada 59 juta pada 2017. 

Sumber industri perbankan berkata kemerosotan jumlah pelanggan bank itu mempunyai kaitan dengan deklarasi kerajaan Nigeria untuk memerangi gejala rasuah.

“Apabila (Presiden Muhammadu) Buhari mengambil alih jawatan, kebanyakan rakyat menutup akaun bank mereka, terutama penjawat awam yang takut disiasat.

“Meskipun ada yang menutup akaun mereka secara terang-terangan, yang lain memilih untuk melakukannya secara beransur-ansur agar tidak menimbulkan syak wasangka,” kata sumber itu. – Bernama, 19 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen