5 orang terbunuh dalam kebakaran hotel, kasino di Manila 


Asap tebal menyelubungi bangunan Waterfront Manila Pavilion menempatkan hotel dan kasino yang musnah dalam kebakaran. Lima terbunuh dalam tragedi itu. – Gambar EPA, 19 Mac, 2018.

LIMA orang dilaporkan terbunuh dalam kebakaran di kompleks hotel dan kasino di Manila, kata pihak berkuasa. 

Menurut pihak berkenaan, bomba mengambil masa 24 jam bagi mengawal kebakaran di bangunan 22 tingkat itu. 

Pasukan penyelamat berkata asap tebal yang menyelubungi bangunan Waterfront Manila Pavilion, menyukarkan usaha untuk mengawal api yang marak. 

Kesemua mangsa merupakan pekerja kasino dan seorang lagi pekerja kasino di bangunan terbabit dilaporkan dalam keadaan kritikal. Kira-kira 20 orang cedera dalam tragedi itu. 

300 tetamu dan kakitangan hotel di bangunan terbabit dipindahkan ke kawasan selamat, kata pegawai pasukan bomba pada sidang media. 

“Kami berharap tiada yang tertinggal di bilik. Anggota kamu masih belum memeriksa keseluruhan bangunan berkenaan,” kata pemangku ketua pihak berkuasa pembangunan Manila, Jojo Garcia. 

Beberapa anggota bomba menerima rawatan kerana terhidu asap tebal, yang mencetuskan suasana panik ketika kejadian. 

“Asap terlalu tebal hingga menyukarkan penglihatan, anggota bomba turut mengalami masalah sukar bernafas,” kata ketua bomba daerah Manila Jonas Silvano.– AFP, 19 Mac, 2018.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen