SEKURANG-KURANGNYA empat remaja terbunuh dan lebih 20 yang lain cedera dalam kejadian insiden tembakan di sebuah majlis hari jadi di Alabama Sabtu lalu, kata pegawai.
Laporan berita tempatan berkata tembakan itu berlaku pada pesta Sweet 16 di sebuah studio tarian di Dadeville, sebuah bandar kecil di timur laut ibu negeri Montgomery.
“Empat mangsa maut dan ramai yang mengalami kecederaan dalam kejadian tragis itu,” kata jurucakap Agensi Penguatkuasaan Undang-undang Alabama (ALEA) Sarjan Jeremy Burkeet kepada pemberita semalam.
Beliau berkata seramau 28 orangcedera, sebahagian daripada mereka kritikal.
Burkeet menggesa penduduk untuk tampil dengan sebarang maklumat yang mereka mungkin ada berkaitan dengan serangan itu.
Tetapi Burkett tidak memberikan butiran lanjut insiden berkenaan.
Presiden Joe Biden yang diberi taklimat mengenai insiden tembakan itu berkata negara itu sekali lagi berduka atas kejadian melibatkan keganasan senjata api terhadap remaja di negara itu.
“Senjata api adalah pembunuh utama remaja di Amerika dan jumlahnya semakin meningkat, tidak berkurangan.
“Ini adalah keterlaluan dan tidak boleh diterima,” katanya. – AFP, 17 April, 2023.
Komen