Rakyat India dilaporkan terbunuh dalam pertempuran di Sudan 


SEORANG rakyat India dilaporkan terbunuh dalam pertempuran yang tercetus antara Angkatan Tentera Sudan dan militia Rapid Support Forces (RSF) di Khartoum pada Sabtu. 

Menurut Kedutaan India di Khartoum mangsa dikenali sebagai Albert Augestine yang bertugas di Kumpulan DAL Sudan.

Mangsa dipercayai meninggal dunia akibat terkena peluru sesat, menurut kenyataan kedutaan pada Ahad.

“Keadaan di Khartoum sangat membimbangkan. Kami akan terus memantau perkembangan,” kata Menteri Luar India Subrahmanyam Jaishankar di Twitter. 

Rakyat India yang tinggal di Sudan telah dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa berada di rumah.

Kira-kira 4,000 rakyat India menetap di Sudan dan banyak syarikat India menjalankan perniagaan di negara ini seperti di sektor tenaga, farmaseutikal dan keluli. – Bernama, 16 April, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen