7 maut, 20 lelaki bersenjata serang pusat renang di Mexico 


SEKURANG-kurangnya 20 lelaki bersenjata menyerang pengunjung di pusat peranginan renang La Palma di Guanajuato Mexico, menyebabkan tujuh orang terbunuh.

Serangan itu dilaporkan berlaku di perbandaran Cortazar pada Sabtu.

Sekurang-kurangnya 20 lelaki bersenjata bertindak melepaskan tembakan ke arah orang ramai di resort itu, Sputnik memetik laporan akhbar Universal.

Sekurang-kurangnya tujuh orang iaitu tiga wanita, tiga lelaki dan seorang kanak-kanak terbunuh dalam serangan itu.

Suspek sempat melarikan beberapa kamera keselamatan dari resort itu sebelum melarikan diri.– Bernama, 16 April, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen