MENTERI Sumber Manusia V. Sivakumar dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini berkait penahanan dua pegawainya dengan bagi siasatan kes rasuah dalam pengambilan pekerja asing.
Sebelum ini dilaporkan menteri itu tiba di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 10 pagi hari ini untuk dirakamkan kenyataannya.
Semalam ahli Parlimen DAP itu memberitahu pemberita SPRM masih belum memanggil dirinya namun beliau menyatakan kesediaan memberi kerjasama jika dipanggil.
Beliau juga menggesa orang ramai tidak membuat spekulasi atas penahanan pegawai-pegawainya kerana ia sebahagian daripada proses siasatan.
Namun pegawai Sivakumar menafikan menteri itu suspek dalam kes tersebut.
“Ini hanya formaliti. Menteri bukan suspek dalam kes ini, beliau juga bukan saksi,” kata pegawainya ringkas.
Menurunya lagi Sivakumar meninggalkan bangunan SPRM selepas diambil keterangan.
The Malaysian Insight sedang cuba mendapatkan maklum balas daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki.
Sebelum ini setiausaha sulit Sivakumar ditahan SPRM, 24 jam selepas pegawai kanan menteri itu ditahan
Siasatan SRPM juga dipercayai tertumpu kepada individu lain dalam kementerian tersebut serta agensinya. – 16 April, 2023.
Komen