Kapal tangki minyak Singapura ditemui di Ivory Coast


Kapal tangki minyak berdaftar milik Singapura yang dirampas oleh "individu tidak dikenali" ditemui di Ivory Coast awal minggu ini. – Gambar marinetraffic.com, 16 April, 2023.

SEBUAH kapal tangki minyak berdaftar milik Singapura yang dirampas oleh “individu tidak dikenali” ditemui di Ivory Coast awal minggu ini, kata pegawai Ahad.

“Semua anak kapal termasuk anak kapal Singapura selamat dan dalam keadaan sihat. Kapal itu selamat tiba di pelabuhan Abidjan,” kata Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) dalam satu kenyataan.

Pihak berkuasa pelabuhan Singapura pada Selasa lalu, berkata kapal tangki berkenaan dirampas ‘individu tidak dikenali’, pada jarak kira-kira 300 batu nautika dari Pantai Gading bersama 20 anak kapal dari pelbagai negara.

MPA berkata sebuah kapal komersial menerima panggilan kecemasan daripada Success 9 dan sebuah kapal peronda tentera laut Ivory dikerahkan.

Pegawai Singapura menambah mereka berkoordinasi dengan pemilik kapal dan agensi multinasional serta tentera laut Perancis dan pentadbiran maritim dari beberapa negara di rantau ini.

Tiada butiran lanjut diberikan. – AFP, 16 April, 2023.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen