Bandar pelabuhan Ecuador dilanda 3 serangan bom


Walaupun serangan itu letupan kecil namun ia mencetuskan huru-hara di Ecuador. – Gambar AFP, 15 April 2023.

SEKURANG-kurangnya tiga serangan bom berlaku di bandar pelabuhan Guayaquil di Ecuador antara malam Khamis dan awal pagi Jumaat, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan, lapor Xinhua memetik Polis Negara pada Jumaat.

Pengarah Perisikan Polis Jeneral Alain Luna berkata: “Walaupun serangan itu letupan kecil namun ia mencetuskan huru-hara.

Tiga letupan itu berlaku di Alborada, Pascuales dan di kawasan pusat bandar bandar kedua paling ramai penduduk di negara itu dan di pusat perindustrian.

Serangan itu berlaku beberapa jam selepas kedutaan Amerika Syarikat di Ecuador mengeluarkan amaran keselamatan ke atas Guayaquil selepas menerima maklumat bahawa penjenayah mungkin merancang pengeboman di sekitar bandar itu pada malam Khamis.

Presiden Ecuador Guillermo Lasso pada Khamis menggesa polis bertindak tegas dan menggunakan senjata, di tengah-tengah gelombang keganasan dan jenayah  yang disifatkan jenayah terancang dikaitkan dengan pengedaran dadah.

Awal bulan ini, kerajaan membenarkan orang awam memiliki dan membawa senjata untuk mempertahankan diri selain menggunakan semburan lada. – Bernama, 15 April 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen