BEKAS presiden Brazil Jair Bolsonaro semalam diarahkan supaya memberi keterangan kepada polis bagi membantu siasatan berhubung tindakan penyokongnya menceroboh bangunan Kongres, Istana Presiden dan Mahkamah Agung pada 8 Januari lalu.
Hakim Mahkamah Agung Alexandre de Moraes memutuskan Bolsonaro perlu memberi keterangan dalam masa 10 hari bagi menjawab soalan mengenai dakwaan beliau menghasut perusuh membantah pelantikan Presiden Luiz Inacio Lula da Silva meletak jawatan.
Lula menewaskan Bolsonaro dalam pilihan raya tahun lalu. Rusuhan di ibu kota Brasilia itu berlaku seminggu selepas Lula mengangkat sumpah jawatan.
“Saya membenarkan permohonan pejabat peguam negara dan memutuskan polis perlu mengambil keterangan Jair Messias Bolsonaro dalam tempoh maksimum 10 hari,” kata Moraes.
Rusuhan di ibu kota Brasilia itu berlaku seminggu selepas Lula mengangkat sumpah jawatan presiden.
Tindakan ribuan penyokong Bolsonaro pada 8 Januari itu sama seperti rusuhan oleh penyokong bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump di bangunan Capitol pada 6 Januari 2021 bagi membantah keputusan pilihan raya presiden 2020 di beberapa negeri. Trump mendakwa berlaku penipuan keputusan pilihan raya yang memihak kepada calon Demokrat Joe Biden. – AFP, 15 April 2023.
Komen