MAJLIS Kerjasama Negara-negara Arab Teluk (GCC) akan mengadakan mesyuarat menteri luar di Jeddah Arab Saudi untuk membincangkan penyertaan semula Syria ke Liga Negara Arab (LAS), lapor Sputnik.
Mesyuarat itu dijangka dihadiri oleh menteri-menteri luar negara anggota GCC serta Iraq, Jordan, Mesir.
Keahlian Syria dalam LAS digantung pada 2011 selepas negara itu dilanda perang saudara, dengan tentera Presiden Syria Bashar Assad berperang menentang pelbagai kumpulan bersenjata dan pengganas.
Pada tahun yang sama, Liga Arab seiring dengan pendirian Barat mengenakan sekatan unilateral terhadap kerajaan Assad atas dakwaan pencabulan hak asasi manusia dan penganiayaan terhadap pembangkang negara itu. – Bernama, 14 April 2023.
Komen