SPRM tahan setiausaha sulit menteri sumber manusia


BADAN pencegah rasuah menahan setiausaha sulit kepada Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar, sehari selepas menahan pembantu menteri itu.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan penahanan itu tetapi tidak mendedahkan sebarang butiran kejadian.

Penangkapan hari ini dibuat kurang 24 jam selepas SPRM menahan pembantu Sivakumar semalam berhubung siasatan rasuah membabitkan pengambilan pekerja asing.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan penahanan pembantu itu, bersama beberapa yang lain, dalam maklum balas ringkas kepada The Malaysian Insight.

SPRM dipercayai menyerbu pejabat kementerian berikutan dakwaan mereka yang terlibat menubuhkan pengambilan pekerja asing walaupun terdapat konflik kepentingan kerana dikaitkan dengan kementerian itu.

Semalam Sivakumar menggesa media supaya tidak membuat spekulasi mengenai penahanan pembantunya itu.

“Saya dan kementerian akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa sekiranya diperlukan.

“Saya berharap pihak media tidak membuat spekulasi atau membuat andaian yang boleh menjejaskan mana-mana pihak sehingga agensi menyelesaikan siasatannya,” katanya dalam satu kenyataan ringkas pada Khamis. – 14 April, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen