Kerajaan mohon bajet tambahan lebih RM7 bilion


Amin Iskandar

KERAJAAN membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2017) 2018 bagi memohon perbelanjaan tambahan untuk perkhidmatan tahun 2017 sebanyak RM7.122 bilion. 

Menteri Kewangan II Johari Abdul Ghani membentangkan rang undang-undang itu untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Sebahagian besar perbelanjaan diperuntukkan kepada Kumpulan Wang Terkanun iaitu sebanyak RM2,710,809,316 diikuti Kementerian Pendidikan (RM891,104,350), Kementerian Dalam Negeri (RM804,272, 444), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (RM685,490,429) dan Kementerian Kesihatan (RM479,070,116).

Selain itu, perbelanjaan tambahan itu turut melibatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan perbelanjaan sebanyak RM82,074,000. – 19 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen