Presiden China ucap tahniah kepada Putin


Presiden China Xi Jinping hari ini mengucapkan tahniah kepada presiden pilihan Rusia, Vladimir Putin yang menang pilihan raya presiden Rusia semalam. – Gambar AFP, 19 Mac, 2018.

PRESIDEN China Xi Jinping hari ini menghantar mesej ucapan tahniah kepada presiden pilihan Rusia, Vladimir Putin, lapor agensi berita China Xinhua.

‘’Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, rakyat Rusia bersatu dalam mengorak langkah ke arah memperkukuh, merealisasi peremajaan dan pembangunan negara, mencapai kejayaan yang luar biasa dalam pembangunan sosial serta ekonomi, selain memainkan peranan penting dalam hal ehwal antarabangsa.”

Xi turut melahirkan keyakinan Rusia akan terus mampu meraih lebih banyak kejayaan dalam pembangunan nasional.

“Perkongsian kerjasama strategik komprehensif China-Rusia berada di tahap paling baik dalam sejarah, sekali gus menjadi contoh bagaimana membina hubungan baharu di peringkat antarabangsa yang menampilkan perasaan saling menghormati, kesaksamaan dan keadilan, kerjasama serta keputusan semua menang, dan satu komuniti dengan masa depan bersama untuk umat manusia,” katanya.

Beliau berkata China bersedia untuk menjalin hubungan dengan Rusia di peringkat lebih tinggi, memberikan daya penggerak kepada pembangunan nasional di kedua-dua negara, dan mempromosi keamanan serta kedamaian serantau dan global. – Bernama, 19 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen