Twitter tamatkan khidmat sekitar 80% tenaga kerja


Twitter sedang berdepan pelbagai tindakan undang-undang daripada bekas pekerja berhubung isu pemberhentian dan faedah. – Gambar AFP, 13 April, 2023.

TWITTER memberhentikan lebih 6,000 pekerja, iaitu sekitar 80% tenaga kerjanya sejak akhir tahun lepas, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Elon Musk dalam temu bual dengan BBC pada Selasa.

Pengurangan tenaga kerja Twitter tidak dapat menandingi syarikat teknologi besar lain dari segi peratusan seperti Google, Amazon, Microsoft dan Meta yang mengurangkan puluhan ribu pekerja di seluruh dunia.

Twitter sedang berdepan pelbagai tindakan undang-undang daripada bekas pekerja berhubung isu pemberhentian dan faedah, Xinhua memetik laporan San Francisco Chronicle.

Syarikat itu mendakwa dalam “legal filing” baru-baru ini “Twitter, Inc digabungkan menjadi X Corp dan tidak lagi wujud”.

Berdasarkan “legal filing”, X Corp ialah sebuah syarikat milik persendirian. 

Syarikat induknya ialah X Holdings Corp. – Bernama, 13 April, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen