MAHKAMAH Rayuan membenarkan rayuan kerani Sam Ke Ting untuk mengetepikan sabitan dan hukuman bagi kes melanggar kumpulan remaja penunggang basikal lajak enam tahun lalu.
Mahkamah membenarkan beliau mengetepikan sabitan dan hukuman bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan.
Panel tiga hakim diketuai Hakim Hadhariah Syed Ismail yang bersidang bersama Hashim Hamzah dan Azman Abdullah memutuskan sedemikian dengan sebulat suara.
Sam memohon maaf kepada keluarga mangsa sewaktu bercakap dengan pemberita selepas keputusan itu.
Wanita itu berkata, beliau sentiasa berasa bersalah dan akan menanggung beban itu sehingga akhir hayatnya.
Pada April tahun lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Sam dipenjara enam tahun dan didenda RM6,000 atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja.
Wanita itu juga hilang kelayakan lesen memandu selama tiga tahun. – 11 April, 2023.
MENYUSUL
Komen