INDONESIA mengeluarkan e-buku ASEANpedia pada Isnin, sebagai sebahagian daripada aktiviti Pengerusi Asean 2023 dan boleh diakses menerusi pautan https://s.id/aseanpedia.
Menurut Kementerian Komunikasi dan Informatik, e-buku terbabit menyediakan maklumat lengkap tentang Asean dan peranannya sebagai pusat pertumbuhan ekonomi dunia.
“E-buku itu turut memuatkan kejayaan Asean dari segi geo-ekonomi dan geopolitik dalam bahasa mudah,” kata ketua pengarah Komunikasi Awam Usman Kansong.
E-buku itu berfungsi sebagai rujukan mengenai Asean dan Indonesia sebagai Pengerusi Asean tahun ini bertemakan, ‘Asean Matters: Epicentrum Of Growth.’
Ia juga boleh menjadi rujukan media massa dalam mencari maklumat mengenai keseluruhan siri Kepemimpinan Asean menerusi aktiviti 2023 dan lokasi mesyuarat Sidang Kemuncak Asean.
“E-buku adalah dokumen hidup, kandungannya seperti artikel, infografik, dan video, dikemas kini mengikut pelaksanaan agenda aktiviti,” kata Usman. – Bernama, 11 April, 2023.
Komen